Isteri

“PAHALA BUAT SEORANG ISTRI”

“Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

“Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

“Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

“Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

“Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

“Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

“Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”

Subhanallah..!

Bacalah

Ⓜ0⃣2⃣0⃣

*TIPS BACAAN ALQURAN*
-Dr. Muhd al-Muhaysni.

1⃣. Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pd lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca), malah *khususkan untuknya waktu tertentu*, yg mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu.

2⃣. *Sebelum membaca al-Quran*, perbaharui wudhu’mu, hadaplah ke arah kiblat, dan mulakan dengan Isti’azah (Bacaan A’udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatilah ganjaran kelebihan membaca al-Quran.

3⃣. Hendaklah kekuatan *suaramu sederhana*, tidak terlalu kuat sehingga engkau kepenatan dan terganggu, dan tdk terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk. Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau rasa jemu.

4⃣. Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan. Sesiapa yg mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia. Maka *jgn engkau putuskan bacaanmu* dengan perbualan bersama orang lain.

5⃣. Generasi salaf dahulu apabila mereka menetapkan untuk membaca satu surah, mereka tidak akan memutuskannya sehingga *sempurna bacaan satu surah* tersebut. Ini adalah di antara adab dgn kalam Allah. Dan sebahagian org memutuskan ayat (untuk bercakap dengan orang).

6⃣. Apabila engkau telah memulakan bacaanmu, maka janganlah engkau menoleh kpd sesiapapun. Jika seseorang ingin berbicara denganmu, berikan isyarat dgn tanganmu meminta maaf. Ini merupakan sikap memuliakan kitab Allah.

7⃣. Jika engkau perlu utk menghentikan bacaanmu utk berbicara dengan seseorang (yang mengajakmu berbicara), jangan terus (berhenti untuk) menjawabnya. Malah hendaklah dia menunggu sehingga engkau berhenti di hujung ayat, pada tempat berhenti yg sesuai.

8⃣. Hendaklah engkau *menggerakkan lidahmu* ketika membaca al-Quran,
adapun bacaan dengan mata shj, tidak memadai dan tidak dianggap sebagai membaca.

9⃣. Di antara *tanda hilangnya rasa hormat* kepada kalam Tuhanmu, ialah apabila engkau baru membaca sedikit ayat-ayat al-Quran, kemudian engkau sambung pula dengan melihat Twitter, Telegram, fb dan ini, dan itu, kemudian sambung, kemudian semak lagi, dan seterusnya.

🔟. Aku menasihatkanmu agar engkau pergi ke sebuah masjid yg jauh, yang engkau tidak ada orang mengenalimu. Dan bagi wanita, agar pergi ke tempat, bilik atau ruangan yang terasing. Supaya kamu dapat bersendirian bersama kitab Tuhanmu, lalu engkau *menikmati kemanisannya dan mentadabburi ayat-ayatNya.*

1⃣1⃣. (PENTING!!) Seburuk-buruk pendampingmu ketika membaca al-Quran, ialah ‘handphone’mu. Maka, aku menasihatkanmu, agar engkau meninggalkan ia di rumah @ di dalam kenderaan (dalam keadaan yang selamat). Dan engkau pergi membaca al-Quran bersendirian, supaya Syaitan tidak mengganggumu melaluinya (yakni: telefon itu)

1⃣2⃣. Semasa engkau membaca, engkau akan melalui *ayat-ayat ttg rahmat dan ancaman*. Berhentilah.. pada sebahagian dari ayat-ayat tersebut. *Angkatlah kedua tanganmu dan mintalah kepada Allah* dari kelebihanNya. Baginya, terdapat kesan kepada hati yg sangat besar.

1⃣3⃣. Jika engkau (menghadapi masalah) perlahan membaca al-Quran atau engkau tak mampu membaca dengan baik, ketahuilah bahawa ganjaran pahala engkau digandakan. Maka, bg engkau, ganjaran pahala sebanyak dua kali (1 kerana membaca, 1 kerana usaha dalam susah). Dan aku pesan kepada engkau supaya muat turun rakaman bacaan al-Quran di dalam handphone dan (belajar membaca dengan) ikuti (rakaman bacaan) itu.

1⃣4⃣. Habiskan bacaan engkau pada penghujung surah adalah lebih sempurna dan lebih baik dari menghabiskan di penghujung juz-juz. Ibn ‘Umar dahulu, jika membaca pada satu-satu surah, dia tak akan berhenti sehinggalah dia menghabiskannya.

1⃣5⃣. Jangan engkau sibukkan (fokus) untuk menghabiskan juz-juz, daripada (yang sepatutnya, iaitu fokus) kpd tadabbur dan apa2 yang sebenarnya membantu engkau untuk mengulang-ulang sesuatu ayat sama ada 2 kali dan 3 kali dan 10 kali, sehinggalah hatimu menjadi lembut kerana ayat itu.

Semoga Allah menerima (usaha ini) dari